A Revolutionary Breakthrough from Shaklee

All naturals. Patent-pending. Clinically tested ingredients.

ESP: Soy Protein Isolate Powder

Delivers Sustained Energy, with Highest Quality Plant-Based Protein Available.

The Natural Way To Keep You Moving

Support Mobility, Flexibility, and Healthy Functioning of Joints

Organic Super Cleaning Concentrate

Safe for you, your home, and your planet.

For Healtier Feeling, More Youthful-Looking Skin

Proven by clinical study to improve skin appearance in ONLY 8 weeks!

Monday, 1 February 2016

6 Formula Pantas Meningkatkan BM


6 Formula pantas untuk meningkatkan Kuantiti susu ibu.

B- Baby
R- Relax
E- Expression
A- Action
S- Schedule
T - Target

B - BABY
  1. Susu terhasil darioada demamd daripada baby
  2. Kerapkan menyusu selama mana yangboleh
  3. Urutan payudara juga membantu melancarkan aliran susu
  4. Pastikan susu kELuar dari banyak arah - tak tersumbat
  5. Pam 3@4 jam jika baby tak ada bersama
  6. Makin kerap bby myusu/ makin banyak susu terhasil
* Untuk dapatkan hasil pam yang banyak,semasa bersama bayi susukan hanya 1 belah sahaja antara waktu pam.


R - RELAX

  1. Hormon yg berkait rapat dengan Rilex nk hormon oksitosin
  2. Dirembeskan apabila kita berada dalam keadaan tenang dan gembira.
  3. Tarik nafas dalam2 dan hembus perlahan- lahan hingga tenang
  4. Relax dan fikir susu kita sentiasa cukup untuk baby.
* "Apa yang kita fikir,apa yang kita rasa,apa yang kita cakap dan apa yang kita buat menentukan apa yg kita dapat"


E - EXPRESSION ( pam)

  1. Hormon prolaktin yg akan meransang kilang susu untuk keluarkan susu
  2. Semakin banyak hormon ini dirembeskan pada satu masa, makin banyak susu yg terhasil
  3. Kita yang perlu cipta waktu bila hormon ini perlu dihasilkan
  4. Sebb itulah kena pam konsisten pada waktu yg sama setiap hari
  5. Apabila hormon ini terhasil pada kuantiti yg sama,maka susu pun akan sentiasa maintain pada kuantiti yg sama.

* Apabila pam tak konsisten, hormon ini tidak dirembeskan  utk sesi berikutnya. pada kuantiti yg sama. kerama susu yang telah lama memenuhi payudara, memberhtikan rembesan hormon ini

A - ACTION

  1.  kuantiti susu dipengaruhi oleh kekerapan bayi menyusu@ mengepam
  2. kalau tidak gemar mengepam - panjangkan 1 sesi ini utk hntr signal ke otak kita perlukan  hormon prolaktin lebih bnyak terhasil pada masa tu.
  3. Pam seeloknya yang mempunyai 2 phase ( stimulation & expression)


S - SCHEDULE


  1. Jadual yg sistematik supaya ada garis panduan utk di ikuti secara konsisten
  2. Apabila ikut secara konsisten- hormon prolaktin meransang penghasilan susu dapat dikekalkan pada kadar yg sama banyak setiap hari.
  3. Jika terlepas pam - cover pada sesi berikutnya dengan cara memanjangkan sesi pam berikutnya 2x ganda drpada masa sepatutnya



T - TARGET (sasaran

  1. Kena tahu jumlah anak kita minum

Cth

  • Sehari 18 oz
  • Sebotol kita letak 3 oz jer. senang bs nk suamkan setiap 2 jam.
  • Lepas 2 jam jangan bagi dah dekat anak.

18÷3= 6 kali sehari.

* So buat jadual yg kita tahu bila masa kita free. Cari utk 6 sesi. Dan setiap sesi kena gak dapatkan 3 oz tu.


Semoga bermanfaat





✿✿Untuk pesanan, boleh hubungi saya pengedar Shaklee Miri✿✿    
✿ Email Yahoo : hailingajus@yahoo.com    
✿ Gmail : hailingajus@gmail.com    
✿ Call/Whatsapp : 014-8821779 

Khasiat Omega Guard untuk Ibu Berpantang



Badan sentiasa hangat

Ketika berpantang, ibu-ibu kena pastikan bahawa badan mereka sentiasa hangat. Ibu-ibu sekarang walaupun dalam keadaan masih berpantang, masih mampu membuat kerja rumah dengan sendiri. Ini termasuklah mencuci pinggan mangkuk, mandikan anak sendiri atau memasak. Jika selalu terdedah dengan air yang sejuk, kemungkinan berlaku bentan. Jadi dengan pengambilan Omega Guard, badan akan sentiasa kekal panas.


Membantu penurunan berat badan

Omega Guard menjadi suplemen yang digemari oleh kebanyakan orang yang ingin menurunkan berat badan. Maklumlah, semasa mengandung, pasti badan akan naik daripada berat sebelum mengandung kan? Omega Guard akan membantu membakar lemak yang tidak diperlukan didalam badan


Kawal paras kolestrol dan selera makan

Omega Guard bukan saja menurunkan paras kolestrol jahat dalam badan (LDL) malah ia juga mampu menaikkan paras kolestrol baik dalam badan (HDL). Dalam entri saya Omega Guard Bantu Kawal Berat Ibu Hamil?, Omega Guard ternyata mampu mengawal kenaikan berat ibu hamil. Bagaimana? Pengambilan Omega Guard akan menyebabkan badan kita terasa hangat dan ini menyebabkan rasa dahaga. Rasa dahaga ini membuatkan kita minum lebih banyak air daripada mengambil lebih banyak makanan. Ini sekaligus membantu mengawal kenaikan berat badan ibu.


DHA & EPA baik untuk otak

Selepas melahirkan anak, ibu-ibu biasanya akan menjadi sedikit pelupa selepas bersalin. Disinilah pentingnya Omega Guard kerana kandungan DHA dan EPA minyak ikannya membantu meningkatkan daya ingatan ibu tersebut. Khasiat ini juga dapat disalurkan ke bayi melalui penyusuan susu ibu.








✿✿Untuk pesanan, boleh hubungi saya pengedar Shaklee Miri✿✿    
✿ Email Yahoo : hailingajus@yahoo.com    
✿ Gmail : hailingajus@gmail.com    
✿ Call/Whatsapp : 014-8821779 

Wednesday, 11 November 2015

Halia Bantu Atasi Hidung Tersumbat


Selsema pastinya menyeksakan. Sakit kepala, mata terasa panas, hidung berair dan tersumbat terutama ketika tidur di waktu malam antara gejala yg sering dialami mereka yg diserang selsema.Biasanya pengumpulan mukus (lendir/hingus) pada hidung akan menyebabkan hidung tersumbat.

Untuk mengatasi masalah hidung tersumbat ini sebenarnya ada tip tersendiri.

Cuba ikuti panduan di bawah:

Minum byk air
Minum byk air sebenarnya penting utk menjaga cairan di dlm tubuh agar keadaan hidung kekal lembap bg membantunya lebih kebal terhadap jangkitan.

Cari tpt hangat
Seboleh-bolehnya jauhi temoat berhawa dingin kerana ia blh memburukkan keadaan hudung tersumbat anda. Hidung yg tersumbat teruk menyebabkan kepala semakin sakit.

Ambil Vitamin C
Banyakkan pengambilan vitamin C.  Tidak semestinya pada pil-pil, tetapi anda blh dapatkannya secara semula jadi dgn menikmati mknn seperti limau dan buah strawberry.

Kunyah Halia
Jgn pandang rendah pada halia. Rasanya pedas dan berangin tetapi inilah yg dpt membantu anda utk mengurangi hidung tersumbat. Mkn tiga potong atau hirisan halia setiap hari ketika anda dijangkiti selsema. Ia efektif secara semula jadi utk mengurangi gejala hidung tersumbat.

Keluarkan Hingus
Membuang hingus yg byk di dlm hidung juga membantu, tetapi perlu ada caranya. Jgn memaksa hingus yg ada di dlm hidung utk keluar dgn cara menghembus dgn kuat. Hembuskan nafas melalui hidung secara perlahan. Cuba agar tidak menyekat kembali hingus anda.







✿✿Untuk pesanan, boleh hubungi saya pengedar Shaklee Miri✿✿    
✿ Email Yahoo : hailingajus@yahoo.com    
✿ Gmail : hailingajus@gmail.com    
✿ Call/Whatsapp : 014-8821779 




Sunday, 29 March 2015

5 Langkah Menjadi Usahawan Berjaya




Ramai wanita bergelar ibu ingin berhenti kerja dan menjaga sendiri anak.  Namun, hasrat itu terpaksa diketepikan atas sebab kewangan.  Dalam zaman yg serba moden ini, segalanya perlukan wang.  Bagi ibu2 yg ada cadangan utk berhenti kerja, tetapi dalam masa yg sama ingin 'generate' pendapatan sendiri dari rumah, ibu2 mungkin boleh bermula dgn bisnes kecil-kecilan. 

Untuk berjaya dlm apa jua cabang bines yg diceburi, lakukan dgn betul2. Ini di antara 'guidelines' yg blh digunakan.

1.  Tetapkan matlamat

Tanpa matlamat, apa pun kerja yg anda lakukan pasti tidak akan berjaya.  Ya, idea sentiasa datang, tapi idea shj tanpa implementasi yg baik tdk akan membawa anda ke mana-mana.  Oleh itu, jika anda ada niat utk membuka perniagaan sendiri, janganlah terburu-buru.  Ambil masa utk mengkaji segala kemungkinan yg bakal muncul semasa anda menjalankan perniagaan.  Semua ini penting agar anda tdk terhenti di tengah jalan.


Pastikan ada yang menyokong






Tanpa org yg menyokong, tdk kira dlm apa jua hal, anda akan mudah rasa putus asa. Terutamanya apabila berhadapan dgn masalah.  Jadi, utk memastikan anda sentiasa bersemangat, dapatkanlah dahulu pendapat ahli keluarga.  Ini penting kerana susah senang kita hanya merekalah tempat mengadu.

Teroka


 Persediaan seblm memulakan perniagaan sgt penting.  Persediaan itu termasuklah persediaan mental dan fizikal.  Jangan malas utk membaca dan mencari segala maklumat berkaitan bidang perniagaan yg ingin anda ceburi itu.  Dlm masa yg sama, kaji pasaran anda.  Kemudian, tetapkan matlamat.  Tapi, jgn lupa mencari idea bernas dan kreatif utk memasarkan produk ataupun perkhidmatan anda.

Bersedia menerima risiko
 
Sebagai ibu bapa, anda kenalah pastikan yg anda mampu utk berhadapan dgn segala kemungkinan yg akan berlaku terhadap keluarga anda.  Hal ini terutamanya jika perniagaan yg dijalankan itu memerlukan masa dan kudrat anda lebih drpd biasa.  Apa pun, sebelum menjalankan sesuatu perniagaan, pastikan keluarga tidak terabai.  Ini sgt penting.  Apa guna duit byk kalau hidup tidak bahagia.

Dekatkan diri dengan usahawan berjaya 

Lihat dan kaji, bagaimana mereka blh berjaya.  Dapatkan panduan dan maklumat berguna drpd mereka utk dijadikan teladan.  Jadikan manusia ini idola supaya suatu hari anda pun boleh menjadi seperti mereka.


 

Monday, 23 March 2015

Apa itu PROTEIN???


Protein adalah satu kumpulan molekul yang sangat menakjubkan dalam badan manusia. Protein adalah kombinasi complex yang terdiri daripada amino acids. Mereka umpama batu bata yang disusun untuk suatu bangunan.

Ada 22 amino acids. Ada yang boleh di bina di dalam badan kita menggunakan amino acids yang lain dan ada yang diperlukan daripada sumber makanan (8-10 jenis).
Seperti satu binaan unik, kesemua amino acids ini tersusun indah bersama-sama dalam satu susunan unik untuk menjadi pelbagai bentuk dan struktur di dalam badan manusia yang amat penting untuk setiap fungsi di dalam badan kita.

Apakah sumber utama protein? Sumber utama protein ialah diet harian kita. Termasuk haiwan dan tumbuhan. Bila kita makan protein, ia perlu dicernakan kepada rantaian pendek amino acids.
Ibaratnya, sebuah bangunan perlu dibuka bahagiannya satu persatu...untuk bina sebuah bangunan yang baru pula. Setelah dicernakan , badan kita menggunakan amino acids itu untuk menghasilkan protein yang diperlukan oleh badan kita.

Proses ini dipanggil “protein synthesis” atau “biosynthesis”.Protein perlu dicernakan kepada rantaian yang ringkas, amino acids sebelum badan kita dapat gunakannya. Jika proses percernaan ini tidak berlaku dengan sempurna, ia akan reput.
Proses pereputan ini akan menghasilkan toxin dan menyebabkan bau kentut dan najis yang amat busuk. Jika ia berlaku pada anda.. ini adalah petanda bahawa pencernaan protein tidak berlaku secara sempurna.

Enzim pepsin and hydrochloric acid di dalam perut amat diperlukan unutk proses pencernaan protein. Jika enzim ini tidak berfungsi dengan baik proses pencernaan akan terganggu. Tanpa disedari ramai orang mengalami kekurangan enzin ini ataupun enzim tidak berfungsi dengan sempurna.

Tahukah anda proses penghasilan enzim memerlukan zinc, di mana kekurangan zinc adalah biasa dan ramai yang tidak menyedarinya. Tanpa disedari dewasa ini, ramai kanak-kanak yang lahir mengalami masalah kekurangan zinc kerana ibunya mengalami masalah kekurangan zinc.

Tahukah anda apa lagi yang menggangu proses pencernaan protein? 
  • Kehadiran toxic metals 
  • Stress menyebabkan sympathetic nervous system aktif dan mengganggu proses pencernaan keran proses pencernaan ialah aktiviti parasympathetic. 
  • keletihan juga melemahkan proses pencernaan 
  • kekurangan nutrisi 
  • jangkitan di dalam usus(parasites, yeasts, bacteria)
(sebarang bahan toxic, termasuk food addictives akan mengganggu proses pencernaan kerana proses ini amat delicate!)

Vicious cycles (kitaran bahaya yang berulang) inilah yang merosakkan badan kita.  Proses pencernaan protein yang terganggu menyebabkan kekurangan nutrients dan pengumpulan toxin di dalam usus.  Kekurangan nutrisi pula akan mengganggu proses pencernaan protein.  Akhirnya ia memburukkan lagi keadaan kekurangan nutrisi. Kitaran ini berterusan hinggalah kita mati.

Atas sebab inilah seorang doktor dalam penulisannya, dia sangat menggalakkan pengambilan protein berkualiti tinggi di dalam jumlah yang bersesuaian. Jadi itulah jawapan kenapa pengambilan supplement protein berkualiti tinggi ini amat diperlukan dan terbukti orang yang mengamalkan ESP jauh lebih sihat dan yang paling ketara kesannya ialah pada kulit seperti mana testimoni sebelum ini..

Selain itu, nasihat beliau lagi,
  • Elakkan pengambilan ubatan yang tidak perlu 
  • Elakkan pengambilan makanan yang diproses 
  • Elakkan mengambil makanan yang mengandungi perasa tambahan/food additives
  • Amalkan untuk berehat sebentar sebelum dan selepas makan (makan dalam keadaan tenang supaya proses pencernaan berlaku dengan sempurna)
Semua ini penting untuk menghentikan vicious cycle yang berkaitan dengan pencernaan protein yang saya sebutkan sebelum ini, di mana proses tersebut amatlah penting bagi badan kita.

Semoga ia bermanfaat buat anda semua.

Sumber: https://www.facebook.com/LetUsBeHealthywithDrSafiya






✿✿Untuk pesanan, boleh hubungi saya pengedar Shaklee Miri✿✿    
Email Yahoo : hailingajus@yahoo.com    
Gmail : hailingajus@gmail.com    
Call/Whatsapp : 014-8821779 

Wednesday, 25 February 2015

Makanan Tingkatkan Hemoglobin Rendah



Kadang kala ada dalam kalangan wanita hamil yang mempunyai masalah bacaan hemoglobin (Hb) rendah di dalam sel darah merah atau dikenali sebagai anemia. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu apabila ibu hamil mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl.  Cara mengatasi masalah anemia iaitu melalui pengambilan suplemen menambah darah dan pemakanan makanan kaya dengan zat besi.

Pengambilan suplemen yang bersesuaian untuk wanita hamil bermasalah anemia adalah zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks. Suplemen tersebut penting kerana kandungan zat besi, B kompleks dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Suplemen vitamin C pula membantu meningkatkan penyerapan zat besi.

Sebaiknya makan pil tersebut bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan optimum. 
Elakan daripada minum dengan air kopi, teh, minuman berkola, bercoklat dan susu. Minuman ini mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi.

Jika ingin mengambil makanan mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi, pastikan ia diambil sekurang-kurangnya satu hingga dua jam selepas waktu makan atau selepas makan suplemen zat besi.

Sumber makanan yang kaya zat besi yang baik adalah terdiri daripada sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis. Sayur-sayuran hijau pula seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kalian.

Lebihkan makan makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam hidangan setiap hari seperti
  • Buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C iaitu jambu batu, limau, betik, mangga dan sayuran hijau.
  • Minum jus buah-buahan.
  • Makan bersama pencecah buah-buahan seperti sambal mangga, tomato atau limau kasturi.
  • Gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis, udang, isi ayam dan daging.
Sumber:  http://pama.karangkraf.com

Sebenarnya ramai ibu mengandung mengalami kekurangan zat besi yg sgt penting untuk pembentukan Hb ini. Kekurangan ini  berpunca akibat pengambilan nutrisi harian yang tidak atau kurang mengandungi zat besi.

Apabila anemia melampau berlaku (iron deficiency anemia), rawatan biasanya merangkumi dos terapi 200mg zat besi setiap hari, bergantung kepada kekerapan anemia tersebut. Rawatan yang bersesuaian akan diberikan oleh doktor sekiranya ibu hamil disahkan anemik!

Untuk mencegah kekurangan zat besi (iron deficiency), sekurang-kurangnya 30mg suplemen zat besi (iron supplement as ferrous fumarate) disarankan tatkala hamil. Suplemen ini akan diberikan oleh doktor, diperolehi dari suplemen harian atau diet harian (sumber makanan semulajadi) kita.

Mujur  Shaklee ada menghasilkan  multivitamin yang kaya dan dilengkapi dengan zat besi. Ya nama multivitamin itu ialah Vitalea. Pengambilan suplemen 2 biji Shaklee Vitalea Iron Formula sangat-sangat membantu menangani masalah anemia (low Hb) ketika hamil ini.
 
 
Apa yang uniknya Vita-Lea Shaklee???
  • Tablet disaluti spirulina, sangat larut dalam air dan mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan maksimum di usus kecil
  • The best multivitamin dalam 'Public Interest' tahun 2000. 
  • Ujian klinikal menunjukkan pengambilan vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%
  • Disokong oleh 7 kajian klinikal
  • Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru
  • Menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk.
 
  



✿✿Untuk pesanan, boleh hubungi saya pengedar Shaklee Miri✿✿  
Email Yahoo : hailingajus@yahoo.com  
Gmail : hailingajus@gmail.com  
Call/Whatsapp : 014-8821779

Wednesday, 11 February 2015

3 Tip Berjaya Berniaga dari Rumah

 
Memulakan perniagaan dari rumah merupakan pilihan yang agak popular hari ini. Bukan sahaja, memulakan perniagaan dari rumah dapat menjimatkan kos overhead berbanding dengan memiliki premis perniagaan sendiri, ia juga dapat menjimatkan masa dimana tidak perlu berulang-alik ke premis setiap hari dan ini menjimatkan masa. Masa yang dijimatkan pula dapat diluangkan bersama keluarga ataupun melakukan sesuatu yang diminati pada masa lapang.

Berikut adalah 3 tip dalam memulakan bisnes dari rumah:

1. Lakukan perniagaan yang diminati

Antara sebab memulakan perniagaan dari rumah adalah kerana ianya adalah lebih fleksibel dari segi masa yang anda perlu luangkan, serta jenis perniagaan yang dijalankan. Sebaiknya dalam memulakan apa pun jenis perniagaan, lakukan perniagaan yang mengikut minat anda. Tambahan lagi, berniaga dari rumah akan memerlukan fokus dan disiplin anda.

Dengan melakukan perniagaan yang diminati, kerja yang dilakukan tidak seperti satu “kerja”. Ia akan dirasakan seperti hobi. Pastinya amat memuaskan melakukan hobi sambil menjana pendapatan. Sekiranya anda suka membuat kuih raya, jadiakannya perniagaan dari rumah anda. Sekiranya anda suka pada fesyen, apa kata jual barangan fesyen sempena musim perayaan.


2. Cari kelainan dalam perniagaan

Menjalankan perniagaan kini adalah agak kompetetif oleh kerana pesaingan yang agak tinggi. Apa sahaja perniagaan yang dilakukan, pastinya terdapat pesaingan dalam industry tersebut. Mungkin persaingan dari perniagaan dari rumah juga, ataupun perniagaan lebih besar. Tidak kira siapapun pesiang anda, cara bersaing terbaik adalah dengan mencari sedikit kelainan yang boleh anda berikan melalui perniagaan anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda menjalankan perniagaan menjual kuih muih ketika musim perayaan yang menjelang tiba, pastinya ramai juga usahawan kuih lain menjalankan perniagaan yang sama dan merupakan pesaing anda. Fikirkan cara bagaimana kuih anda, walaupun jenis yang sama, dapat dibezakan dengan kuih pesaing mungkin dari segi saiz yang berbeza, warna yang berbeza atau pembungkusan yang berbeza.

3. Pekhidmatan lebih personal

Kelebihan perniagaan kecil-kecilan dari rumah adalah perkhidmatan yang lebih peribadi dapat diberikan kepada pelanggan. Pelanggan akan terus menghubungi pemilik perniagaan dan perkhidmatan dapat diberikan dengan lebih sempurna antara pemilik perniagaan dan pelanggan.

Sentuhan peribadi ini akan dapat meningkatkan lagi kepercayaan dan kredibiliti usahwan bersama para pelanggan. Seringkali, apabila hubungan antara usahawan dan pelanggan adalah lebih personal dan rapat, pelanggan akan sentiasa menjadikan perniagaan tersebut sebagai pilihan utama apabila memerlukan produk atau perkhidmatannya pada tahun-tahun akan datang.

Bagi usahawan pula, ianya adalah jualan yang berulang dan keuntungan yang berganda dalam jangka masa waktu yang panjang.

Tuesday, 10 February 2015

Vita-Lea Shaklee : All in One Vitamin



Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yg diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, VitaLea mampu:
  1. Membantu dalam mengekalkan kesihatan yg baik.
  2. Mengandungi beta-karotena yg membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  3. Mengandungi kalsium, fosforus dgn vitamin C dan D utk kesihatan tulang dn gigi.
  4. Biotin dan asid pantotenik membantu utk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dlm tubuh.
  5. Vitamin B12 membantu dlm pembentukan sel-sel darah merah
Korang nampak pil vitalea yang besar gedabak tu berwarna hijau pekat.  Tapi cuba korbankan sebiji buat eksperimen, bubuh dalam segelas air.
Tak sampai 5 minit ia akan larut. dan air takkan bertukar hijau walaupun pil tu kaler hijau. tapi air putih bertukar sarat dengan warna asli larutan mineral dan vitamin dalamnya.


Korban lagi sebiji, patah dua vitalea (tengok gambar keratas rentas vitalea di bawah), lihat biji2 putih kecik. Itu adalah bijian kanji yang apabila terlarut dalam air, ia akan pecah dan membebaskan nutrisi yang 'terikat' dalamnya.

Fakta menarik:
  • Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (100 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.
  • Vitalea dihasilkan melalui teknologi eksplosif yang kompleks disebut explore tab. Explo-Tab ialah teknologi yang membolehkan vitalea kekal sementara waktu di dalam sistem pencernaan, dan kemudian dengan cepat ia akan “meledak” untuk membebaskan nutrisi di dalamnya. (pendek kata, penyerapan segera)
  • Disokong oleh 7 kajian klinikal.Ujian klinikal telah membuktikan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
  • Memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
MULTIVITAMIN merupakan ASAS untuk anda mendirikan program NUTRISI UNTUK KECANTIKAN.

Pastikan multivitamin anda membekalkan sekurang2nya 100% semua vitamin dan mineral yang diperlukan badan dan tidak mengandungi perasa/pewarna tiruan/tambahan.

Sumber: https://www.facebook.com/Cery.MamaFaiz

  



✿✿Untuk pesanan, boleh hubungi saya pengedar Shaklee Miri✿✿  
Email Yahoo : hailingajus@yahoo.com  
Gmail : hailingajus@gmail.com  
Call/Whatsapp : 014-8821779